Showing posts with label Belakang. Show all posts
Showing posts with label Belakang. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Apa saya buat

Untuk muhasabah kembali apa saya buat ya. Hm.

SEM3 adalah sem yang paling bahagia kerana ia bagaikan musim bunga selepas luruh. Tanggungjawab saya makin berat tetapi dalam masa yang sama credit hour makin berkurang. Saya dapat fokus dalam bisnes, keluarga dan pelajaran. Alhamdulillah, semakin bahagia atas pertolonganNya. Result pun alhamdulillah.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diteliti kembali, ujian makin berat dan sangat menekan tetapi ia akan membuatkan anda bahagia bila anda dapat mengurus masalah itu secara satu per satu tanpa merengek banyak.

Kedua, apabila anda ada masa singkat dan banyak perkara yang perlu dilakukan, anda akan cuba melakar idea baru dan menjadi semakin idealistik. Dalam mengurus idea juga perlu cermat dan bijak agar idea itu bagaikan permata yang disusun elok, bukan berselerak dalam serbuk kaca. Atau supaya tidak dikutuk orang, macam kaca berdebu sedangkan anda tahu, materialnya sangatlah mahal.

Hm.

Ketiga, gelas mestilah dikosongkan. Orang akan nampak cara kita tangani masalah kehidupan dengan teratur, mereka mula tabik kita dan akui kematangan kita. Tapi err, itu masalahnya bila kita rasa kita dah sangat besar dan boleh buat keputusan apa saja tanpa dengar nasihat orang. Gelas mesti kosong kalau tidak, bahaya. Ego dan bajet betul itu membuatkan kita tidak mahu terima ilmu baru, malah menjadikan kita semakin bodoh.

Baik. Cuti. Bagaimana ingin muhasabah tentang pengurusan cuti ya?

1. Pinjam buku di lib IIUM tingkat 4 dan biarkan ia berdebu di depan TV supaya kita rasa bersalah sebab tak baca buku ilmiah tu sebelum pulangkannya.
2. Masak hari hari supaya keluarga kita bahagia
3. susun jadual mengaji alquran untuk adik2 supaya tajwidnya dipraktikkan
4. Jual muffin dalam pelbagai rasa agar si pembeli tak jemu makan idea baru kita
5. Edit profail syarikat mesti utamakan kualiti untuk jaga kredibiliti. Itqan itu suatu dakwah.
6. Memandu dengan cermat dan tunjukkan contoh kepada para penumpang dan kereta lain juga.
7. Senyum dan berlapang dada dalam perbincangan. Menjawab persoalan 'pelik' yang dilontarkan dengan penuh kesabaran.
8. Menulis dengan nama Allah dan kernaNya sahaja.
9. Belajar dan mengajar bukan pada musim exam semata. Homework mesti buat sebelum praktikal apa-apa. Jangan terjun tanpa ilmu. Dan jangan tak terjun sedangkan ilmu dah sarat.
10. Jaga mulut jangan terlanjur kata

Muhasabah sampai sini saja.




Wednesday, September 28, 2011

Mode

//Masa beberapa minit sebelum tidur, ada orang call pasal tender
printf("Fuyoh!");
//Masa beberapa minit sebelum buka buku Calculus, ada orang call ajak meeting
printf("Hoi belajar!");
//Masa beberapa minit sebelum masuk dewan exam, ada orang call cakap pasal surat dari Jabatan Perdana Menteri
printf("Azah!! Off phone la kesian aku tengok");
//Masa beberapa minit sebelum makan, kawan aku nangis
printf("Azah, aku dah nampak maksud Allah La yukallifullahu nafsan illa wus'aha");

Sambung ayat romantis...

//Masa beberapa minit sebelum bangun nak basuh tangan, ada orang call minta bantuan kewangan
scanf("I'm willing to help you soon as possible after my final exam. I'll meet you at main camp");

Sunday, August 21, 2011

o0o0o0o0o

Faham?

Geleng.

Teruk bebenor.

Faham?

o0o0o0o.

Hakikatnya belum faham pun~

Thursday, July 21, 2011

Monday, July 4, 2011

Pertemuan


Pertemuan ~ kita ~ di suatu hari

Twing! Allah, tolonglah jangan datangkan rasa sunyi dan takut dalam diri ini. Kaki melangkah, bahu menggalas beg berat berisi komputer riba. Langit cerah tapi mendung sedikit dek sinaran dihalang kepulan awan gelap. Daku terus melangkah, berdiri di bahu jalan.

Ramai orang, namun tak sorang pun daku kenali. Selawat dan salam untuk junjungan nabi. Bibir mengucap berkali-kali. Tak pernah daku 'travel' keluar dari kampus seorang diri. "Sudahlah perempuan", daku mengaku masih sedar diri.

Dunia, buktikanlah bahawa engkau kecil seperti orang-orang kini selalu doa-doakan!

Heh, tidak juga hilang rasa sunyi ini. Mulut sudah tidak sabar menghadiahkan senyuman dan juga salam.

Twing!

Nah, ambil kamu, bercakaplah dengan orang Sudan ini. Nak tak nak, kerana hati sudah terikat dengan kasih sayang pada pandang pertama, lantas tanpa segan silu, daku menyapa Faizah. Katanya, hanya faham Bahasa Melayu 4%.

OK. Hebat!

Bas penuh. Depan belakang berdiri menyelit menyempit macam sardin. Saya tak suka tak suka tak suka kalau ada lelaki di tepi belakang dan heh, tak mengapa, teruskan berbual dengan Faizah. Yeah, seronok bertaaruf dengan beliau. Entah kenapa mulut ini rasa macam dah lama kenal dia, buat macam gaya macam kawan sekelas. Cis.

Orait. Senyum menjadi lebih lebar dan disulami gelak tawa ayu. Ceh.

Rupanya, kami dulu classmate di Saudi School. Sungguh tak sangka pelajar perubatan ini pernah kenal Fat-hi-rah tu kan.

Itulah dunia kecil yang saya doakan. Sebuah hadiah dari Allah.

'Roti canai' hanya mahu kisahkan di sini. Tak kisahlah kisah ini perlu dikisahkan ataupun tidak. Tapi gembira dapat bertemu dan berpisah gaya begini. (Tanpa ambil nombor telefon adui).

Juga menyedari harakat faa-ti-rah itu hanya perlu diperbetulkan.

Terima kasih.

Wallahua'lam.

Adui

Adui, cikgu

Maaf

Kata mahu lahirkan generasi Rabbani yang ada intelek dan segala bagai?

Sederhana antara realistik dan idealistik

Adui, cikgu

Tapi

Saya tanda kertas yang cikgu tanda

Saya rasa ada jawapan anak murid cikgu yang betul

Jawapan yang memang betul

Tapi cikgu tanda salah

Cikgu buku teks-oriented juga ke?

Wednesday, June 29, 2011

Nota Kaki

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Kudsi Allah berfirman "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Taaruf

Hari ini saya berkenalan dengan saya
I mean, betul lah tu
Saya berkenalan dengan diri saya sendiri

Pelik rasa
Ada rasa macam kagum
Walaupun ada busuk wanginya
Tapi saya tetap ada rasa kagum
Betapa saya ini hamba yang berTuhan

Selama ini saya tak kenal sangat
Baru saya kenal saya macam mana

Pelikkan?
Pernah buat perkara kurang masuk akal macam saya?

Tuesday, June 14, 2011

An-Nifaq


[2:14] :

When they meet those who believe, they say: "We believe;" but when they are alone with their evil ones, they say: "We are really with you: We (were) only jesting."

[2:15] :

Allah will throw back their mockery on them, and give them rope in their trespasses; so they will wander like blind ones (To and fro).

[2:16] :

These are they who have bartered Guidance for error: But their traffic is profitless, and they have lost true direction,



p/s : Translation URDHU. Teringat abah cakap bahasa Urdhu beberapa minit sebelum kemalangan, sebelum pergi menghadap ke rahmatullah.

Lalu dia berlari menghadap Rasulnya, mengaku bahawa dia seorang munafiq.

Bersamanya seorang lagi sahabat. Dia juga mengaku begitu.

Rasulnya terperanjat.

Rupanya bukanlah itu hukumnya. Kerana mereka pernah ketawa dan gembira bersama keluarga sedangkan ada satu masa mereka teresak-esak meluahkan rasa takut kepada penciptanya, mereka takut andai mereka telah munafiq.

Astaghfirullah, itu dia orang yang takutkan hukum Allah bagi orang yang munafiq. Astaghfirullah, moga aku diampunkan dengan sikap hipokrit yang kekadang terhadir tanpa diduga ataupun sengaja.

Astaghfirullah.

Moga diampunkan.

Friday, June 10, 2011

Diam

Ada orang diam.

Kawannya kata dia sedang marah kot.

Ada orang diam.

Adik dia kata dia sedang 'bad mood'

Ada orang diam.

Sebab dia setuju kot? Eh, entah-entah tak setuju.

Ada orang diam.

Ada benda tak kena ke?

Diam, membisingkan!

Yep, tapi diam itu bukan bising. Diam itu senyap, bahkan yang membisingnya adalah orang sekeliling.

Biarlah diam. Setelah dia diam, dia akan dapat apa yang sedang dicarinya insya-Allah...

Kalau saya diam, saya dapat fokus dan kurang tekanan. Malah tenang dan dapat berdoa lebih lama. Kalau saya bising dan tidak diam, jangan paksa saya jadi bising. Kerana dengan diam, saya dapat pahala berlipat kali ganda insya-Allah!

Tuesday, June 7, 2011

Sesak


Kalau ada bintang
Macam yang pedagang harapkan
Macam yang nelayan pandang-pandang
Rasanya masih belum dapat lagi hilang sesak ini


Kalau ada mentari
Buat orang gembira hari-hari
Buat makan tumbuh-tumbuhan
Malangnya tidaklah dapat hilang sesak ini


Kalau ada pantai
Menjadikan pandangan sejuk
Menjadikan anak-anak kecil gembira
Namun tak juga berjaya ku singkirkan sesak ini


Ada apa lagi yang bisa dijadikan seperti Tuhan?
Tidak, hanya
ALLAHUSSOMAD!

Saturday, June 4, 2011

Sudah Sampey Masanya II


It is Allah that takes the souls (of men) at death and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.

Jangan cuba diulang tayang yang merugikan . Sungguh , sakitnya bisa memeningkan .

Ingat, malaikat Izrael mencabut nyawa , bukan cabut sesaat awal , sesaat lewat .
Juga , jika jantungnya berdegup , jangan disangka nyawa masih ada .

Ingatlah Allah datangkan sebab kematian kerana tidak mahu orang menyebut nyebut nama Izrael.

Ia tidak semudah itu , sayangku . Jangan gali kubur abah .
Redhalah dan sedekahkan Al-Fatihah.

Monday, May 30, 2011

Tanda Kertas


Recordeddays~

Siri blog lama yang sungguh kebudak-budakan, terlebih matang dan kadang-kadang unbelievable!

Yeah? Itulah kenangan nostalgia memori dan ingatan.

Baik. Cikgu, saya datang ke sekolah. Saja nak tanya khabar, bukan sambut hari guru semata.

Cikgu, saya datang ke sekolah, bukan nak jual jubah semata. Kalau cikgu teringin nak belek, sila. Nak discount pun boleh! Saya bukan nak untung lipat ganda. Sila sila. Cikgu, saya cuma nak tenung lama-lama bilik guru yang luas ni dan hirup puing bandar yang dulunya hutan. Sekolah dah makin maju, kan cikgu? Cantik. Anak-anak murid makin ramai. Makin bising. Macam dulu. Eh, tak macam dulu.

Heh, baru berapa bulan saya tak lawat sekolah sampai dalam. Em, rindu.

OK. Cikgu apa khabar? Sibuk menanda kertas periksa ya? Dulu memang lah saya pernah jadi guru ganti. Tapi penat lelahnya taklah sehebat cikgu. Sebab tu saya salute! sama cikgu... Cikgu, cikgu, em, nak satu tips?

Hehe.

Kalau dulu saya tanda kertas OMR pakai kertas lubang-lubang macam cikgu, buat satu-satu, tapi kemudian saya telah tukar strategi.

Saya rekod suara saya. 1, ayam. 2, buaya, 3, crab, 4, donkey. Dengan itu saya dapat tanda dua tiga kertas satu masa. Huhu. Antara sebab saya cipta teknik ni ialah saya tak dapat nak tukar tradisi. Ciplak idea cikgu juga... Dulu kan kita tanda kertas ujian macam ni dalam kelas? Hehe. Rindu!

Hehe. Ingat lagi masa jadi guru sementara, betapa stress dan lawaknya nak habiskan menanda bergunung kertas OMR, kertas subjektif, ujian lisan et cetera.

Hm, tapi nanti puas! Sebab kita sambil penat sambil layan! Sambil senyum gembira, kan cikgu?

Kita bukan pemarah. Kita murah dengan senyuman dan lawak jenaka yang mengajak murid berfikir... Kan? Dengan keluarga kita pun penyayang. Sayang sayang. Sebab kita ada iman sebab itu kita sayang.

Hm, bertuah. Kita bukan sekadar pengajar, tetapi pendidik! Kita bawa murid ke pintu nak biarkan mereka buka sendiri pintu itu. Kan cikgu? Cikgu, jom. Jangan bagi tarbiah terbiar! Sayaaaang cikgu!

Saturday, May 28, 2011

Sicily

Umi , JOM !

Kita mulakan cerita sama , kemudian bebas mengembara !


Belek dan baca ya !


Umi , dah siap sedia? Takpa, perlahan-lahan baca...

JOM!

Kita pergi berbulan madu di sana!


Sebab sana ada dunia luas.

Ada hujan ada kering. Ada panas ada angin pusing.

Adalah!

Pergi bukan untuk mengabai Tanah Emas kita.

Pergi untuk renungkan berita gembira dan berita sedih di sana.

Ada yang perlu kita cari gali di Sicily.

Selain pujian untuk kebesaranNya!

JOM!

Friday, May 6, 2011

Lenggang

Dengan nama Allah yang Maha Esa

Saya tak ada abang
Takpa
Saya tak ada imam
Takpa

Hidupkan kembali
Suasana nasihat menasihati
Rapatkan kembali saf yang agak bengkang bengkok ini
Amalkan syura bukan suka hati

Masih takut takut kesunyian lagi?
Menangis di bawah bantal
Senyum di pentas ramai?
Naluri perempuan memang begitu
Tapi cuba kurangkannya
Perempuan mampu kuat dan lebih kuat
Bila dia ada Dia

Terima kasih kerana memahami
Lega rasa tanpa kata manis masam manusia yang ingin 'menumpang sedih'
Seribu orang yang jumpa, semua ulang tayang sama
Hanya ada seketul yang menghulur
Sesuatu yang bercambah
Dan mereka ini tidak banyak tanam tebunya

Saja ingin ingatkan
Tidaklah susah hati ini kalau orang pergi jauh jauh
Tanpa tanya khabar setiap hari
Malah ada rasa lapang hati ini
Boleh sambung buat kerja
Dan telinga otak tidak perlu pening lagi
Bila asyik terkena radiasi

Yakin akan keperluan
Tanpa jemu berdoa
Serta menyatakan kasih sayang buat yang ziarah
Dan pulang menghadiahkan doa
Menangis bersama menadah tangan di rumah
Bukan teresak-esak di tepi katil hospital
Dan kemudian pulang dengan dunia sendiri

Dulu saya pernah mencari idola saya Mulan
Sebelum Ummu Haram yang turut menyamar dan berani
Sebelum Asma berbadan dua mendaki bertemankan makanan tapau
Sebelum Az-Zaharah dari kecil hingga besar dalam kesederhanaan
Sebelum tahu siang tadi Muallimah Normala menyara 7 orang adiknya ketika baya saya

Saya mahu buktikan idola itu meresap ke dalam tubuh
Macam kersani yang mengalir menjadi raksa

Selamat tinggal halus.
Ada ais krim enak menanti.
Lenggang jom!

Ingaaat . , .
Jangan sorong batu bata dalam guni
Dari pangkal dunia ke hujungnya.
Nanti penat dan rugi.

Wednesday, April 27, 2011

Mestica Sigma



Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Istikharah Cinta


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..