SEM3 adalah sem yang paling bahagia kerana ia bagaikan musim bunga selepas luruh. Tanggungjawab saya makin berat tetapi dalam masa yang sama credit hour makin berkurang. Saya dapat fokus dalam bisnes, keluarga dan pelajaran. Alhamdulillah, semakin bahagia atas pertolonganNya. Result pun alhamdulillah.
Namun ada beberapa perkara yang perlu diteliti kembali, ujian makin berat dan sangat menekan tetapi ia akan membuatkan anda bahagia bila anda dapat mengurus masalah itu secara satu per satu tanpa merengek banyak.
Kedua, apabila anda ada masa singkat dan banyak perkara yang perlu dilakukan, anda akan cuba melakar idea baru dan menjadi semakin idealistik. Dalam mengurus idea juga perlu cermat dan bijak agar idea itu bagaikan permata yang disusun elok, bukan berselerak dalam serbuk kaca. Atau supaya tidak dikutuk orang, macam kaca berdebu sedangkan anda tahu, materialnya sangatlah mahal.
Hm.
Ketiga, gelas mestilah dikosongkan. Orang akan nampak cara kita tangani masalah kehidupan dengan teratur, mereka mula tabik kita dan akui kematangan kita. Tapi err, itu masalahnya bila kita rasa kita dah sangat besar dan boleh buat keputusan apa saja tanpa dengar nasihat orang. Gelas mesti kosong kalau tidak, bahaya. Ego dan bajet betul itu membuatkan kita tidak mahu terima ilmu baru, malah menjadikan kita semakin bodoh.
Baik. Cuti. Bagaimana ingin muhasabah tentang pengurusan cuti ya?
1. Pinjam buku di lib IIUM tingkat 4 dan biarkan ia berdebu di depan TV supaya kita rasa bersalah sebab tak baca buku ilmiah tu sebelum pulangkannya.
2. Masak hari hari supaya keluarga kita bahagia
3. susun jadual mengaji alquran untuk adik2 supaya tajwidnya dipraktikkan
4. Jual muffin dalam pelbagai rasa agar si pembeli tak jemu makan idea baru kita
5. Edit profail syarikat mesti utamakan kualiti untuk jaga kredibiliti. Itqan itu suatu dakwah.
6. Memandu dengan cermat dan tunjukkan contoh kepada para penumpang dan kereta lain juga.
7. Senyum dan berlapang dada dalam perbincangan. Menjawab persoalan 'pelik' yang dilontarkan dengan penuh kesabaran.
8. Menulis dengan nama Allah dan kernaNya sahaja.
9. Belajar dan mengajar bukan pada musim exam semata. Homework mesti buat sebelum praktikal apa-apa. Jangan terjun tanpa ilmu. Dan jangan tak terjun sedangkan ilmu dah sarat.
10. Jaga mulut jangan terlanjur kata
Muhasabah sampai sini saja.
No comments:
Post a Comment