Pertemuan ~ kita ~ di suatu hari
Twing! Allah, tolonglah jangan datangkan rasa sunyi dan takut dalam diri ini. Kaki melangkah, bahu menggalas beg berat berisi komputer riba. Langit cerah tapi mendung sedikit dek sinaran dihalang kepulan awan gelap. Daku terus melangkah, berdiri di bahu jalan.
Ramai orang, namun tak sorang pun daku kenali. Selawat dan salam untuk junjungan nabi. Bibir mengucap berkali-kali. Tak pernah daku 'travel' keluar dari kampus seorang diri. "Sudahlah perempuan", daku mengaku masih sedar diri.
Dunia, buktikanlah bahawa engkau kecil seperti orang-orang kini selalu doa-doakan!
Heh, tidak juga hilang rasa sunyi ini. Mulut sudah tidak sabar menghadiahkan senyuman dan juga salam.
Twing!
Nah, ambil kamu, bercakaplah dengan orang Sudan ini. Nak tak nak, kerana hati sudah terikat dengan kasih sayang pada pandang pertama, lantas tanpa segan silu, daku menyapa Faizah. Katanya, hanya faham Bahasa Melayu 4%.
OK. Hebat!
Bas penuh. Depan belakang berdiri menyelit menyempit macam sardin. Saya tak suka tak suka tak suka kalau ada lelaki di tepi belakang dan heh, tak mengapa, teruskan berbual dengan Faizah. Yeah, seronok bertaaruf dengan beliau. Entah kenapa mulut ini rasa macam dah lama kenal dia, buat macam gaya macam kawan sekelas. Cis.
Orait. Senyum menjadi lebih lebar dan disulami gelak tawa ayu. Ceh.
Rupanya, kami dulu classmate di Saudi School. Sungguh tak sangka pelajar perubatan ini pernah kenal Fat-hi-rah tu kan.
Itulah dunia kecil yang saya doakan. Sebuah hadiah dari Allah.
'Roti canai' hanya mahu kisahkan di sini. Tak kisahlah kisah ini perlu dikisahkan ataupun tidak. Tapi gembira dapat bertemu dan berpisah gaya begini. (Tanpa ambil nombor telefon adui).
Juga menyedari harakat faa-ti-rah itu hanya perlu diperbetulkan.
Terima kasih.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment