
Siri blog lama yang sungguh kebudak-budakan, terlebih matang dan kadang-kadang unbelievable!
Yeah? Itulah kenangan nostalgia memori dan ingatan.
Baik. Cikgu, saya datang ke sekolah. Saja nak tanya khabar, bukan sambut hari guru semata.
Cikgu, saya datang ke sekolah, bukan nak jual jubah semata. Kalau cikgu teringin nak belek, sila. Nak discount pun boleh! Saya bukan nak untung lipat ganda. Sila sila. Cikgu, saya cuma nak tenung lama-lama bilik guru yang luas ni dan hirup puing bandar yang dulunya hutan. Sekolah dah makin maju, kan cikgu? Cantik. Anak-anak murid makin ramai. Makin bising. Macam dulu. Eh, tak macam dulu.
Heh, baru berapa bulan saya tak lawat sekolah sampai dalam. Em, rindu.
OK. Cikgu apa khabar? Sibuk menanda kertas periksa ya? Dulu memang lah saya pernah jadi guru ganti. Tapi penat lelahnya taklah sehebat cikgu. Sebab tu saya salute! sama cikgu... Cikgu, cikgu, em, nak satu tips?
Hehe.
Kalau dulu saya tanda kertas OMR pakai kertas lubang-lubang macam cikgu, buat satu-satu, tapi kemudian saya telah tukar strategi.
Saya rekod suara saya. 1, ayam. 2, buaya, 3, crab, 4, donkey. Dengan itu saya dapat tanda dua tiga kertas satu masa. Huhu. Antara sebab saya cipta teknik ni ialah saya tak dapat nak tukar tradisi. Ciplak idea cikgu juga... Dulu kan kita tanda kertas ujian macam ni dalam kelas? Hehe. Rindu!
Hehe. Ingat lagi masa jadi guru sementara, betapa stress dan lawaknya nak habiskan menanda bergunung kertas OMR, kertas subjektif, ujian lisan et cetera.
Hm, tapi nanti puas! Sebab kita sambil penat sambil layan! Sambil senyum gembira, kan cikgu?
Hm, tapi nanti puas! Sebab kita sambil penat sambil layan! Sambil senyum gembira, kan cikgu?
Kita bukan pemarah. Kita murah dengan senyuman dan lawak jenaka yang mengajak murid berfikir... Kan? Dengan keluarga kita pun penyayang. Sayang sayang. Sebab kita ada iman sebab itu kita sayang.
Hm, bertuah. Kita bukan sekadar pengajar, tetapi pendidik! Kita bawa murid ke pintu nak biarkan mereka buka sendiri pintu itu. Kan cikgu? Cikgu, jom. Jangan bagi tarbiah terbiar! Sayaaaang cikgu!
No comments:
Post a Comment