Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Belakang

Bodoh! Am I? Pathetic! (Maaf, ini bukan kebiasaan. Ekspresi muka mesti :O)

Cis. Relax... Tarik nafas dan cuba senyum.

Anda seorang yang .. ayu.

Bila anda percaya diri anda ayu dan orang percaya yang anda ayu, sila jangan lari dari hakikat. Anda ayu ok?

Ayu.

Ok.

Ikut hujah akal dan konsisten dengan keayuan tu.

Siapa kata ayu tu gedik? Ayu bukan gedik tau. Ayu penuh dengan akhlak yang baik. Diamnya emas dan perak pula hujahnya.

Baik. Mari kita bincang. Tentang membelakangkan orang. Caranya begini. Pernah tak jual kuih dan orang dah hulur duit, then anda tak cukup duit baki? Kemudian di situ, ada keputusan yang anda perlu lakukan. Samada "keep the change" dari mulut dia, atau "Sorry you can't buy it" dari mulut anda or "Heh, nanti awak ambil baki dari saya ya" atau ...

Apapun dalam urusniaga, mesti akad dan redha. Bermaksud kedua-dua belah pihak setuju ye dok?

Baik. Kalau macam tu, kalau si penjual kata, "Sorry I dont have the change. I keep the change jelah?" tak ke bod oh namanya tu? Tapi kalau redha takpalah.

Cuba pula satu hari anda beratur panjang dan buat pesanan banyak. Tiba-tiba orang yang masak tu beri laluan kepada pesanan yang minima, sebab senang sikit nak buat. Tak ke bod oh namanya tu?

Cuba pula satu hari anda ketua, TIBA2 berlaku sth dan anda tak tahu apa-apa. TIBA2 baru anda tahu, orang bawah anda buat keputusan pandai-pandai. Tak ke anda nak kata bod oh kat orang bawah anda tu?

Yezza.

Semalam, saya baru perasan saya dah membelakangkan orang yang saya sayang dan saya tak mahu ia berlaku lagi.

Bodoh untuk saya dan itu saja.

Thursday, August 25, 2011

Cuti

Dah asyik terfikir tentang CUTI
Takut membazir lagi
Kalau boleh akan ada satu revolusi
I mean, transformasi
Selepas Ramadhan
Hm,
Tolong bantu saya cari jawapan
Bagi mengelak kekusutan
Dan lari dari kemalasan
Sebab saya nak merantau
Dalam jagaan syarie
Sebab saya nak ada satu hasil
Dari cuti 4 bulan tu
Tolong bagi cadangan

Heh, saya sendiri dah banyak kali kasi tahu
Tanggungjawab lebih banyak dari waktu
Ah, tak nak diri sendiri tertipu

Wednesday, August 3, 2011

Aku


Aku sekeping kertas
Hari ini aku direnyuk orang
Esok ada anak soleh kutip aku dan buang

Aku sekeping duit kertas RM10
20 tahun lalu orang gila pada aku
20 tahun akan datang orang tak hirau dah

Aku pula kijang emas
Dulu orang bawa aku ke pasar
Kini aku tersemat di muzium
Boleh jadi esok aku lebih mahal dari itu

Tuesday, August 2, 2011

Taksub Agama

Apabila timbul kesedaran yang membuak-buak untuk mengubah keadaan, timbul pula satu perbandingan antara diri, keadaan dan suasana yang idealistik dengan diri, keadaan dan suasana yang realistik. Kegopohan, keegoan dan kemarahan mula menyerlah. Di situ mula ada perangkap taksub agama.

Penyakit inilah yang paling merbahaya!

Kerana ia antara bisikan syaitan durjana. Sedangkan yang sewajarnya dilakukan ialah mengiringi perubahan itu dengan proses ilmu, pimpinan yang konsisten, tulus dan harmoni~

Wednesday, July 20, 2011

Melambai Pelangi


2:216

Yang tak perluku hurai panjang lagi.

Atas dasar percaya pada takdir.

Setelah mati dalam diskusi.

Tak perlu dipaksa lagi

Dengan doa dan tangisan.


Andai ini jalanku,

Akan ku bayar sebuah keputusan

Dengan redha dan jihad

Akan ku bayar sebuah persiapan

Dengan kejayaan yang menjayakan

Tarik nafas dalam-dalam

dan teruskan melangkah!

Sambil melambai senyum pada pelangi nan indah~

Biiznillah.

Monday, July 4, 2011

Ya, ya betul.


Ya, ya betul.

Kita kena ada peperiksaan untuk tahu gred kita dalam pelajaran macam mana.

Ya, ya betul.

Kita kena diuji sebelum mengaku beriman.

Tapi kalau dah diuji pun, jangan sangka sudah sampai destinasi.

Kerana hidup merupakan sebuah perjalanan. Kita ada destinasi.

Dan garisan penamatnya .. mestilah ADA!

Siapa kata tak ada? Tekalah di mana.


Siapa teka betul dapat 110% ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Nota Kaki

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Kudsi Allah berfirman "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Thursday, June 9, 2011

:D


Kah kah. Adui hadui.

Hanya mahu berkongsi senyum lebar :D


I won't tell you the saga. I won't write this wonderful experience!

Let the time pass, till I'm older than now, till I'm sick and die, till I'm there with you, watching a lots of saga at the very real cinema.

Heh, let us smile there ;))

Biiznillah.