Wednesday, June 8, 2011

Ayat Sakti


Penyakit itu sungguh merbahaya, sungguh menjijikkan, sungguh berjangkit, sungguh mengerikan.

Tidak satu orang pun cuba mencari ubat kerana mereka sudah puas, sudah penat, sudah muak. Tak jumpa-jumpa dan kemungkinan tak ada. Mereka kemudian memilih untuk lari dari masalah, lari dari kelompok pesakit.

Sehinggalah ... ditemukannya sebuah kitab lama nan dimakan anai-anai lagi tidak popular. Tetapi saktinya ada. Setelah diheboh-hebahkan, maka ayat sakti itu telah dilaungkan kepada seluruh rakyat jelata oleh Sultan dan para pembesarnya. Mereka sentiasa ingat mengingatkan kata-kata itu.

"Tiada penyakit yang tiada ubat di dunia ini kecuali sakit tua atau sakit mati! Percayalah!"

Maka, dari seluruh pelosok dunia mereka mencari ubat sakti bagi menyembuhkan sakit itu. Dan zam-zam-alakazam! Ayat sakti telah berjaya menemukan ubat. Dan ternyata ubat itu tidak jauh mana. Hanya perlu terus berusaha mencari solusi.

Bersama Allah di sisi.
Biiznillah.

Mutiara Bintang


Gantungkan azam dan semangatmu

setinggi bintang di langit ...



Rendahkan hatimu serendah

mutiara di lautan

Tuesday, June 7, 2011

Sesak


Kalau ada bintang
Macam yang pedagang harapkan
Macam yang nelayan pandang-pandang
Rasanya masih belum dapat lagi hilang sesak ini


Kalau ada mentari
Buat orang gembira hari-hari
Buat makan tumbuh-tumbuhan
Malangnya tidaklah dapat hilang sesak ini


Kalau ada pantai
Menjadikan pandangan sejuk
Menjadikan anak-anak kecil gembira
Namun tak juga berjaya ku singkirkan sesak ini


Ada apa lagi yang bisa dijadikan seperti Tuhan?
Tidak, hanya
ALLAHUSSOMAD!

Saturday, June 4, 2011

Sudah Sampey Masanya II


It is Allah that takes the souls (of men) at death and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.

Jangan cuba diulang tayang yang merugikan . Sungguh , sakitnya bisa memeningkan .

Ingat, malaikat Izrael mencabut nyawa , bukan cabut sesaat awal , sesaat lewat .
Juga , jika jantungnya berdegup , jangan disangka nyawa masih ada .

Ingatlah Allah datangkan sebab kematian kerana tidak mahu orang menyebut nyebut nama Izrael.

Ia tidak semudah itu , sayangku . Jangan gali kubur abah .
Redhalah dan sedekahkan Al-Fatihah.

Sudah Sampey Masanya


Sudah sampai masanya

Kaca itu pecah

Berderai

Dan ramai lari bertempiaran

Air yang bertakung lompat lompat mengganas

Menyerang hingga ke liang lahad

Dalam deras menyimbah mengamuk bagaikan raksasa jumpa mangsa

Sungguh

Sudah sampai masanya

Gelas minumanku itu pecah

Cuma aku yang menyalahkan diri aku kenapa boleh terpecahkan kaca mahal kesayanganku ini

Sungguh tak ku ingin ia berlaku

Itulah takdir

Sudah sampai masanya

Wednesday, June 1, 2011

Usia


Heh, berapa usia kamu?

Berapa usia daku?

Berapa usia dia?

Berapa matangnya kamu?

Jauh mana kematangan daku?

Dia dah matang?


Haip! Jangan benarkan anak muda ini belajar ini. Ini hal bukan untuk anak muda.

Haip! Usah kejut anak kecil ini bangun subuh, bangun sahur. Biar dia tidur. Kesian... Bahkan tahajud itu ajar masa sekolah menengah nanti lah.

Haip! Bayi ini biarlah dia bermain dengan patung2 comel ini. Ini untuk usia dia. Tak usah ajar apa-apa. Tadika nanti pepandai cikgulah nak ngajor...

Hui. Takpa, jangan risau. NANTI dia berubah lah tu bila dah besar.

Haip! Kamu tak usah memandai nak belajar tinggi. Belajar yang perlu dipelajari ja. Yang dalam buku teks, yang cikgu ajar. Lain dari tu, jangan bazir masa, bazir wang nak kaji. Itu hal orang lain dong!

Aduh! Mbak,..

Usah pandang usia sih!

Ada orang 19 tahun dah layak jadi suami. Ada orang 40 tahun tak layak lagi.

Kelayakan bermula dari "hendak seribu daya".

Tak dapat kelayakan kerana tak mahu atau takut untuk terkehadapan? Ups, kerana tak latih. Tak ada inisiatif. Tak ada cita-cita untuk jadi lebih liar. Sila!

Monday, May 30, 2011

Siapa Orangnya


Itu dia orangnya,
setelah besi tabir jatuh.
Tersenyum malu
Menonjolkan lesung pipit
Cantik

Ada orang tahu orangnya,
bila burung merpati hantar surat
yang dalam suratnya ada gambar
yang gambarnya boleh berkata-kata
yang kata-katanya disimpan
sampai saat sebelum pamit
dia langsung tak membenarkan
dia bermati matian menafikan
itulah orangnya
sampailah ke akadnya
bukan kerana cincin di jari sahaja

Oh

Ada orang pula
lain lain likunya

Bila sampai saat makin dekat,
detik makin pendek,
nafas makin laju,
dada makin buas,
jiwa makin keliru,
otak makin buntu
ubat yang Ibn Sina beri hanyalah akad
itu juga ada tercatat dalam ArRum
supaya hidup bertambah berkat

Oh langit tak selalu indah

Makin dekat makin tenat
Sampai rasa bisa di urat leher
Tapi alangkah sakitnya rasa
Sampai parut mungkin tak ke mana
Bila selama ini sudah renung tujuh hujung lautan,
redah tujuh hutan,
tiba-tiba saat yang dinantikan,
yang mendebarkan,
macam makin menyedihkan
akhirnya tahulah sang pencinta
dia bukan orangnya

Lalu melankolik itu menerpa
jatuh dalam lubuk dada
sampai tertusuk rasa gerun
untuk meneruskan pencarian

Jangan beraduh
Jauh lagi seksa tujuh kali ulang alik
soffa marwah

Kanda,
teruskan perjalanan
banyakkan diam dan ingat Tuhan
insya Allah akan jumpa sinar di hujung jalan


Oh, jikalau kau orangnya,
simpankan daku permata indah itu
kan sama-sama kita tampal pada mahligai di syurga

Setelah kubur diluaskan
Setelah kiamat sudah reda
Akhirat terbit menjelma
Aku dan anak-anak tak sabar ingin masuk syurga