Heh, berapa usia kamu?
Berapa usia daku?
Berapa usia dia?
Berapa matangnya kamu?
Jauh mana kematangan daku?
Dia dah matang?
Haip! Jangan benarkan anak muda ini belajar ini. Ini hal bukan untuk anak muda.
Haip! Usah kejut anak kecil ini bangun subuh, bangun sahur. Biar dia tidur. Kesian... Bahkan tahajud itu ajar masa sekolah menengah nanti lah.
Haip! Bayi ini biarlah dia bermain dengan patung2 comel ini. Ini untuk usia dia. Tak usah ajar apa-apa. Tadika nanti pepandai cikgulah nak ngajor...
Hui. Takpa, jangan risau. NANTI dia berubah lah tu bila dah besar.
Haip! Kamu tak usah memandai nak belajar tinggi. Belajar yang perlu dipelajari ja. Yang dalam buku teks, yang cikgu ajar. Lain dari tu, jangan bazir masa, bazir wang nak kaji. Itu hal orang lain dong!
Aduh! Mbak,..
Usah pandang usia sih!
Ada orang 19 tahun dah layak jadi suami. Ada orang 40 tahun tak layak lagi.
Kelayakan bermula dari "hendak seribu daya".
Tak dapat kelayakan kerana tak mahu atau takut untuk terkehadapan? Ups, kerana tak latih. Tak ada inisiatif. Tak ada cita-cita untuk jadi lebih liar. Sila!
Suka yang ini!
ReplyDeleteMungkin sebab bila terlalu beri keyakinan, nanti anak kecil membesar dengan penuh keyakinan... tapi.. tak cukup besar sehingga boleh mengubah dunia
ReplyDeleteLalu, anak yang sudah besar itu.. terkapai2 dalam perlumbaan kehidupan.. langsung merugikan.
dari situ, mula lah kita menghadkan kemampuan anak, dengan alasan berjaga2 dan prihatinkan masa depan
dari situ, mulalah kesedaran takutkan survival kehidupan, tidak pula kesedaran membina kehidupan
dari situ... kita akan mula mengajarkan kehebatan silam..dan mengakhirinya dengan "hebatnya orang dulu". secara tak langsung mengkudungkan tangan generasi ke hadapan
dari situ, kita mengajarkan misi sepanjang hidup kepada anak2. Selepas ini mahu jadi apa, selepas itu apa. kita langsung terlupa untuk si anak mengejar misi yang bukan berkiblatkan diri sendiri
Dari situ..rupanya..kita tertinggal kebelakang. Setelah mati kerana tertakutkan diri sendiri.
Dari situ, baru kita tahu di mana lemahnya kita berbanding juara2 yang lain.
atau mungkin kita tak sedar, sbb mmg kita adalah juara. cuma, juara kampung dengan sistem kampung.
Sedangkan orang lain menjadi juara mencabar dunia
Aku benci realiti hari ini