Thursday, July 21, 2011

Ohoks!


Ada satu perkara yang sering kita lupa

Bila kita sudah mencedok nasi dan ingin menyuap

Tiba-tiba ia tumpah,

Ada satu perkara yang sering kita lupa

Bila kita sudah mencedok nasi dan ingin menyuapkan

Tiba-tiba kita tersedak


Kekadang nikmat yang benar-benar kita rasa kita punya

Malangnya bukan untuk kita

Tuhan telah mentakdirkan yang terbaik

Hanya terus berdoa untuk ditakdirkan dengan yang baik-baik aja

Selamat berjaya!

5 Menara

Negeri 5 Menara


Man Jadda Wajada!

Katanya

Apabila sudah buat banyak silap

Hanya perlu tahu bahawa

Keampunan Allah melebihi kemurkaanNya

Wednesday, July 20, 2011

Melambai Pelangi


2:216

Yang tak perluku hurai panjang lagi.

Atas dasar percaya pada takdir.

Setelah mati dalam diskusi.

Tak perlu dipaksa lagi

Dengan doa dan tangisan.


Andai ini jalanku,

Akan ku bayar sebuah keputusan

Dengan redha dan jihad

Akan ku bayar sebuah persiapan

Dengan kejayaan yang menjayakan

Tarik nafas dalam-dalam

dan teruskan melangkah!

Sambil melambai senyum pada pelangi nan indah~

Biiznillah.

Monday, July 4, 2011

Pertemuan


Pertemuan ~ kita ~ di suatu hari

Twing! Allah, tolonglah jangan datangkan rasa sunyi dan takut dalam diri ini. Kaki melangkah, bahu menggalas beg berat berisi komputer riba. Langit cerah tapi mendung sedikit dek sinaran dihalang kepulan awan gelap. Daku terus melangkah, berdiri di bahu jalan.

Ramai orang, namun tak sorang pun daku kenali. Selawat dan salam untuk junjungan nabi. Bibir mengucap berkali-kali. Tak pernah daku 'travel' keluar dari kampus seorang diri. "Sudahlah perempuan", daku mengaku masih sedar diri.

Dunia, buktikanlah bahawa engkau kecil seperti orang-orang kini selalu doa-doakan!

Heh, tidak juga hilang rasa sunyi ini. Mulut sudah tidak sabar menghadiahkan senyuman dan juga salam.

Twing!

Nah, ambil kamu, bercakaplah dengan orang Sudan ini. Nak tak nak, kerana hati sudah terikat dengan kasih sayang pada pandang pertama, lantas tanpa segan silu, daku menyapa Faizah. Katanya, hanya faham Bahasa Melayu 4%.

OK. Hebat!

Bas penuh. Depan belakang berdiri menyelit menyempit macam sardin. Saya tak suka tak suka tak suka kalau ada lelaki di tepi belakang dan heh, tak mengapa, teruskan berbual dengan Faizah. Yeah, seronok bertaaruf dengan beliau. Entah kenapa mulut ini rasa macam dah lama kenal dia, buat macam gaya macam kawan sekelas. Cis.

Orait. Senyum menjadi lebih lebar dan disulami gelak tawa ayu. Ceh.

Rupanya, kami dulu classmate di Saudi School. Sungguh tak sangka pelajar perubatan ini pernah kenal Fat-hi-rah tu kan.

Itulah dunia kecil yang saya doakan. Sebuah hadiah dari Allah.

'Roti canai' hanya mahu kisahkan di sini. Tak kisahlah kisah ini perlu dikisahkan ataupun tidak. Tapi gembira dapat bertemu dan berpisah gaya begini. (Tanpa ambil nombor telefon adui).

Juga menyedari harakat faa-ti-rah itu hanya perlu diperbetulkan.

Terima kasih.

Wallahua'lam.

Ya, ya betul.


Ya, ya betul.

Kita kena ada peperiksaan untuk tahu gred kita dalam pelajaran macam mana.

Ya, ya betul.

Kita kena diuji sebelum mengaku beriman.

Tapi kalau dah diuji pun, jangan sangka sudah sampai destinasi.

Kerana hidup merupakan sebuah perjalanan. Kita ada destinasi.

Dan garisan penamatnya .. mestilah ADA!

Siapa kata tak ada? Tekalah di mana.


Siapa teka betul dapat 110% ^_^

Adui

Adui, cikgu

Maaf

Kata mahu lahirkan generasi Rabbani yang ada intelek dan segala bagai?

Sederhana antara realistik dan idealistik

Adui, cikgu

Tapi

Saya tanda kertas yang cikgu tanda

Saya rasa ada jawapan anak murid cikgu yang betul

Jawapan yang memang betul

Tapi cikgu tanda salah

Cikgu buku teks-oriented juga ke?