Friday, May 6, 2011

Lenggang

Dengan nama Allah yang Maha Esa

Saya tak ada abang
Takpa
Saya tak ada imam
Takpa

Hidupkan kembali
Suasana nasihat menasihati
Rapatkan kembali saf yang agak bengkang bengkok ini
Amalkan syura bukan suka hati

Masih takut takut kesunyian lagi?
Menangis di bawah bantal
Senyum di pentas ramai?
Naluri perempuan memang begitu
Tapi cuba kurangkannya
Perempuan mampu kuat dan lebih kuat
Bila dia ada Dia

Terima kasih kerana memahami
Lega rasa tanpa kata manis masam manusia yang ingin 'menumpang sedih'
Seribu orang yang jumpa, semua ulang tayang sama
Hanya ada seketul yang menghulur
Sesuatu yang bercambah
Dan mereka ini tidak banyak tanam tebunya

Saja ingin ingatkan
Tidaklah susah hati ini kalau orang pergi jauh jauh
Tanpa tanya khabar setiap hari
Malah ada rasa lapang hati ini
Boleh sambung buat kerja
Dan telinga otak tidak perlu pening lagi
Bila asyik terkena radiasi

Yakin akan keperluan
Tanpa jemu berdoa
Serta menyatakan kasih sayang buat yang ziarah
Dan pulang menghadiahkan doa
Menangis bersama menadah tangan di rumah
Bukan teresak-esak di tepi katil hospital
Dan kemudian pulang dengan dunia sendiri

Dulu saya pernah mencari idola saya Mulan
Sebelum Ummu Haram yang turut menyamar dan berani
Sebelum Asma berbadan dua mendaki bertemankan makanan tapau
Sebelum Az-Zaharah dari kecil hingga besar dalam kesederhanaan
Sebelum tahu siang tadi Muallimah Normala menyara 7 orang adiknya ketika baya saya

Saya mahu buktikan idola itu meresap ke dalam tubuh
Macam kersani yang mengalir menjadi raksa

Selamat tinggal halus.
Ada ais krim enak menanti.
Lenggang jom!

Ingaaat . , .
Jangan sorong batu bata dalam guni
Dari pangkal dunia ke hujungnya.
Nanti penat dan rugi.

2 comments:

  1. Dengkinya

    Nanti, bila dah sampai suatu masa... cerita hidup kita akan menjadi saksi kekuatan kita

    tahniah!

    ReplyDelete
  2. Hebat Azah!

    Tertusuk rasa sedar. Mungkin manusia lain termasuk saya mahu atau tidak sedar bahawa dia mengambil berat dengan rasa simpati bukan empati.

    ReplyDelete