Sunday, April 17, 2011

Menangislah Di Bahuku


Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis. (Maryam : 58)
GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

Bagaimana dgn Anda? bila nak menangis terhadap dosa2 yg banyak.. adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda.. atau malaikat membantai anda di kubur.. atau melihat neraka pd hari kiamat.. atau... [petikan daripada loveloveislam.com]


"Awak tak layak nangis depan kita wak... Awak patut menangis depan Allah", nasihat seorang sahabat karib kepada rakannya yang mengalami musibah.

Hah.

Nasihat yang susah untuk dilupakan. Kesannya amat mendalam, sehingga ke hari ini.


"Jangan menangis!"

"Jangan menangis! Awak kena kuat, tabah. Jangan lemah!", ajar seorang ayah kepada anak perempuannya.

Kini makin kental.

Bukan menangis itu salah, tetapi perlukan pengawalan. Emosi tidak boleh tinggi lebih daripada akal. Macam macam mana pun berlaku, emosi mesti jangan melepasi paras dada. Biar tangan dapat menguruskannya.

Ada masa, menangis itu tidak perlu.

Ada masa, menangis itu sangat perlu.

Jangan paksa tidak menangis, sehingga empangan tidak boleh menampung lagi beban air, lalu ia pecah. Ombak tsunami hanya menghancurkan. Ketahuilah air mata itu penyubur hati, penawar duka.

Begitulah lumrah.


Tapi jangan salah sangka, orang yang menangis di siang hari tidak semestinya mereka tidak menangis kerana Allah. Dan belum pasti orang yang menangis berseorangan di tengah malam ikhlas kerana Allah.

Andaikata engkau menangis di khalayak, pastikan engkau tahu bahawa setiap titisan itu mahal dengan hanya niat yang ikhlas. Bukannya menunjuk-nunjuk atau ingin mendapatkan belas kasihan.

Juga pastikan setelah engkau mengalirkannya, akan naiklah semangatmu, kuatkan hatimu, teguhkan pendirianmu, langkah dua tiga empat kali ganda lebih maju!

Biarlah orang lain mahu menangis lebih lebih dan lebih, engkau, engkau.


7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -

1. Membantu Penglihatan.

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat mata seperti ‘Eyemo’. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha). Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun sifat komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

“Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala.”


Ibnu Masud r.a.berkata :

“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.


Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”


Menangislah di sini,sebelum menangis di sana





No comments:

Post a Comment