Tuesday, April 26, 2011

Abi Pukul Umi


Ada seorang kanak-kanak

Merayau di surau , lari sana sini yang sampai makcik pakcik rasa nak halau

Dah lama dia seorang

Anda pun bermanja dengannya

Ups . Sampai dia pun bermanja dengan anda

Anda pun belai rambutnya

Beri dia minum

Lalu dia pun bercerita ..

Uminya ke balai polis

Lapor kepada polis yang abinya dah jadi jahat

Aik ?

Kemudian dia sambung lagi

Polis tu baik

Abi pun dulu sebenarnya baik

Tapi sekarang abi dah jadi jahat pula...

Kenapa?

Sebab abi pukul umi sampai berdarah

Aik ? ? ?

Anda pun beristighfar

Dan bertekad tidak mahu ada keluarga macam abi dan uminya

Dah lah pendakwah , camgini pula keluarga ?

Ohoks !

Tapi siapa tahu,

Kalau abi dan uminya dulu pernah bertekad macam anda juga ?

Anda pun mula berhati hati

Tapi dalam hati hati macam macam mana pun

Allah itu berkuasa lagi maha membolak balikkan hati

Jadi anda rasa perlu doa hari hari

Agar nikmat hidayah dan taufiq tak lari

Em

Lagi satu sebenarnya anda kena hati hati

Mungkin anak kecil tadi

Layan drama Melayu kan ?

No comments:

Post a Comment