Wednesday, April 20, 2011

Yela


Yela saya tahu

Yela ye , ok , ok . Ye saya tahu

Awak bukannya tahu saya ni banyak tahu orangnya

Respon : Haish budak ni.

~

Em , oh , ok

Oooo . Ek ?

Tapi kan benda ni bukan patutnya cam gini ke ?

Respon : Wow, dia lebih tahu!

Tuesday, April 19, 2011

Nak Cepat


Nak cepat, ...

Hm, nak cepat, tapi dah fikir dulu ke apa nak kena buat?

Oh, nak cepat ... Tahu ke habuan apa yang akan dapat?

Oh, tahu ...

Tapi tahu dah ke susahnya bila cepat sangat?

Yelah, nak cepat, takut terlambat kan ... ?

Tapi nak cepat-cepat tu, dah bersedia cepat-cepat ke?

Kenapa nak kena cepat ek?

Ada jalan lain tak selain nak cepat?

Fikir-fikir.

Kalau nak cepat , lain kali berusahalah macam orang nak cepat !

Sunday, April 17, 2011

Menangislah Di Bahuku


Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis. (Maryam : 58)
GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

Bagaimana dgn Anda? bila nak menangis terhadap dosa2 yg banyak.. adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda.. atau malaikat membantai anda di kubur.. atau melihat neraka pd hari kiamat.. atau... [petikan daripada loveloveislam.com]


"Awak tak layak nangis depan kita wak... Awak patut menangis depan Allah", nasihat seorang sahabat karib kepada rakannya yang mengalami musibah.

Hah.

Nasihat yang susah untuk dilupakan. Kesannya amat mendalam, sehingga ke hari ini.


"Jangan menangis!"

"Jangan menangis! Awak kena kuat, tabah. Jangan lemah!", ajar seorang ayah kepada anak perempuannya.

Kini makin kental.

Bukan menangis itu salah, tetapi perlukan pengawalan. Emosi tidak boleh tinggi lebih daripada akal. Macam macam mana pun berlaku, emosi mesti jangan melepasi paras dada. Biar tangan dapat menguruskannya.

Ada masa, menangis itu tidak perlu.

Ada masa, menangis itu sangat perlu.

Jangan paksa tidak menangis, sehingga empangan tidak boleh menampung lagi beban air, lalu ia pecah. Ombak tsunami hanya menghancurkan. Ketahuilah air mata itu penyubur hati, penawar duka.

Begitulah lumrah.


Tapi jangan salah sangka, orang yang menangis di siang hari tidak semestinya mereka tidak menangis kerana Allah. Dan belum pasti orang yang menangis berseorangan di tengah malam ikhlas kerana Allah.

Andaikata engkau menangis di khalayak, pastikan engkau tahu bahawa setiap titisan itu mahal dengan hanya niat yang ikhlas. Bukannya menunjuk-nunjuk atau ingin mendapatkan belas kasihan.

Juga pastikan setelah engkau mengalirkannya, akan naiklah semangatmu, kuatkan hatimu, teguhkan pendirianmu, langkah dua tiga empat kali ganda lebih maju!

Biarlah orang lain mahu menangis lebih lebih dan lebih, engkau, engkau.


7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -

1. Membantu Penglihatan.

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat mata seperti ‘Eyemo’. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha). Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun sifat komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

“Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala.”


Ibnu Masud r.a.berkata :

“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.


Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”


Menangislah di sini,sebelum menangis di sana





Kaki Bangkang


Cikgu :
Kita nak lantik ketua kelas. Siapa siapa boleh beri cadangan?

A : Halim, cikgu! Dia sangat rajin dalam kelas.
Ahmad : Saya bangkang, cikgu! Sebab Halim tu seorang yang sangat pendiam walaupun rajin. Ketua tak boleh malu.

Cikgu : Kalau begitu, ada cadangan lain?
B : Asif, cikgu. Dia rajin, pandai dan petah berkata.
Ahmad : Saya bangkang! Cikgu, walaupun Asif seorang yang begitu, namun dia selalu datang sekolah lambat. Ketua perlu berdisiplin!

Cikgu : Hm, kalau begitu, siapa ada cadangan lain? Susahlah kalau macam ni...
C : Cikgu, saya rasa Ahmad sesuai jadi pemimpin. Bukan sahaja pandai, berani ke depan dan rajin, tapi Ahmad juga seorang yang sangat berdisiplin!

Semua orang : Kami BANGKANG , cikgu ! Sebab Ahmad kaki BANGKANG !

Kaki bangkang , ramai pembangkang ~

Thursday, April 14, 2011

Teknik Menasihati Anak

Berikut adalah dua kategori komunikasi cara berkesan untuk menasihati. Kesannya dari kecil sampai besar !

Kategori A :



Kategori B :




Apa yang kamu lihat . . . ?

Bandingkan .

Kategori C (bebas) :







Weak, is not just leaving them without money,
but weak, is when you leave them without virtues.

nurazahfathirah.wordpress.com


Wednesday, April 13, 2011

Disleksia

d b

b d

p q

q p

l i

i l

dan seumpama dengannya .

Hari-hari kena latih itu ja .

Takpa, jangan anggap mereka cacat !!

Masing-masing ada kelebihan tersendiri .

Tunggu kejap lagi , . . . dush ! Dia pecut jauh dari yang lain . . .


Tengok-tengok ! Hari-hari nak buat Maths .

Hari-hari berfikir jauh dari orang lain .

Hari-hari soal benda-benda yang bukan budak biasa soal .

Lagi penat bila dia hyper .

Tapi pasti ada sinar di hujungnya ! ~

^_^

Mentari


Mentari dah bersinar ,

Ayam pun sudah berkokok ,

Mari kita ke sekolah ,

Siapa dulu tiba ~

Ok . Jom berfikir !

Jangan jauh . Dekat dan sebentar . Berborak dengan adik kecil ja .

Jom main buai !

Sedangkan mentari menjadi aksesori di atas kepala , sedang hyper .

Mulanya mahu ajak adik berfikir , tapi . . .

Akak : Haiy0o0o. Manyak panass!

Adik : Huish akak ni ... Jangan la merungut .

Akak : Asal plak ?

Adik : Akak tak tahu ke ?

Angkat bahu , angkat kening kanan .

Adik : Lah, cuba bayangkan kalau mentari takda , ikan di laut pun takleh hidup . Apatah lagi asam di darat !

Akak terkebil . Fuyoh !

Skema jawapan dari sekolah agaknya . Rasa macam nak pergi sekolah , dengar cerita dari muallimah ja .

Allahumma ajirna minannar . . .