Thursday, August 25, 2011

Cuti

Dah asyik terfikir tentang CUTI
Takut membazir lagi
Kalau boleh akan ada satu revolusi
I mean, transformasi
Selepas Ramadhan
Hm,
Tolong bantu saya cari jawapan
Bagi mengelak kekusutan
Dan lari dari kemalasan
Sebab saya nak merantau
Dalam jagaan syarie
Sebab saya nak ada satu hasil
Dari cuti 4 bulan tu
Tolong bagi cadangan

Heh, saya sendiri dah banyak kali kasi tahu
Tanggungjawab lebih banyak dari waktu
Ah, tak nak diri sendiri tertipu

Sunday, August 21, 2011

o0o0o0o0o

Faham?

Geleng.

Teruk bebenor.

Faham?

o0o0o0o.

Hakikatnya belum faham pun~

Wednesday, August 3, 2011

Aku


Aku sekeping kertas
Hari ini aku direnyuk orang
Esok ada anak soleh kutip aku dan buang

Aku sekeping duit kertas RM10
20 tahun lalu orang gila pada aku
20 tahun akan datang orang tak hirau dah

Aku pula kijang emas
Dulu orang bawa aku ke pasar
Kini aku tersemat di muzium
Boleh jadi esok aku lebih mahal dari itu

Tuesday, August 2, 2011

Taksub Agama

Apabila timbul kesedaran yang membuak-buak untuk mengubah keadaan, timbul pula satu perbandingan antara diri, keadaan dan suasana yang idealistik dengan diri, keadaan dan suasana yang realistik. Kegopohan, keegoan dan kemarahan mula menyerlah. Di situ mula ada perangkap taksub agama.

Penyakit inilah yang paling merbahaya!

Kerana ia antara bisikan syaitan durjana. Sedangkan yang sewajarnya dilakukan ialah mengiringi perubahan itu dengan proses ilmu, pimpinan yang konsisten, tulus dan harmoni~