Monday, May 30, 2011

Siapa Orangnya


Itu dia orangnya,
setelah besi tabir jatuh.
Tersenyum malu
Menonjolkan lesung pipit
Cantik

Ada orang tahu orangnya,
bila burung merpati hantar surat
yang dalam suratnya ada gambar
yang gambarnya boleh berkata-kata
yang kata-katanya disimpan
sampai saat sebelum pamit
dia langsung tak membenarkan
dia bermati matian menafikan
itulah orangnya
sampailah ke akadnya
bukan kerana cincin di jari sahaja

Oh

Ada orang pula
lain lain likunya

Bila sampai saat makin dekat,
detik makin pendek,
nafas makin laju,
dada makin buas,
jiwa makin keliru,
otak makin buntu
ubat yang Ibn Sina beri hanyalah akad
itu juga ada tercatat dalam ArRum
supaya hidup bertambah berkat

Oh langit tak selalu indah

Makin dekat makin tenat
Sampai rasa bisa di urat leher
Tapi alangkah sakitnya rasa
Sampai parut mungkin tak ke mana
Bila selama ini sudah renung tujuh hujung lautan,
redah tujuh hutan,
tiba-tiba saat yang dinantikan,
yang mendebarkan,
macam makin menyedihkan
akhirnya tahulah sang pencinta
dia bukan orangnya

Lalu melankolik itu menerpa
jatuh dalam lubuk dada
sampai tertusuk rasa gerun
untuk meneruskan pencarian

Jangan beraduh
Jauh lagi seksa tujuh kali ulang alik
soffa marwah

Kanda,
teruskan perjalanan
banyakkan diam dan ingat Tuhan
insya Allah akan jumpa sinar di hujung jalan


Oh, jikalau kau orangnya,
simpankan daku permata indah itu
kan sama-sama kita tampal pada mahligai di syurga

Setelah kubur diluaskan
Setelah kiamat sudah reda
Akhirat terbit menjelma
Aku dan anak-anak tak sabar ingin masuk syurga

Tanda Kertas


Recordeddays~

Siri blog lama yang sungguh kebudak-budakan, terlebih matang dan kadang-kadang unbelievable!

Yeah? Itulah kenangan nostalgia memori dan ingatan.

Baik. Cikgu, saya datang ke sekolah. Saja nak tanya khabar, bukan sambut hari guru semata.

Cikgu, saya datang ke sekolah, bukan nak jual jubah semata. Kalau cikgu teringin nak belek, sila. Nak discount pun boleh! Saya bukan nak untung lipat ganda. Sila sila. Cikgu, saya cuma nak tenung lama-lama bilik guru yang luas ni dan hirup puing bandar yang dulunya hutan. Sekolah dah makin maju, kan cikgu? Cantik. Anak-anak murid makin ramai. Makin bising. Macam dulu. Eh, tak macam dulu.

Heh, baru berapa bulan saya tak lawat sekolah sampai dalam. Em, rindu.

OK. Cikgu apa khabar? Sibuk menanda kertas periksa ya? Dulu memang lah saya pernah jadi guru ganti. Tapi penat lelahnya taklah sehebat cikgu. Sebab tu saya salute! sama cikgu... Cikgu, cikgu, em, nak satu tips?

Hehe.

Kalau dulu saya tanda kertas OMR pakai kertas lubang-lubang macam cikgu, buat satu-satu, tapi kemudian saya telah tukar strategi.

Saya rekod suara saya. 1, ayam. 2, buaya, 3, crab, 4, donkey. Dengan itu saya dapat tanda dua tiga kertas satu masa. Huhu. Antara sebab saya cipta teknik ni ialah saya tak dapat nak tukar tradisi. Ciplak idea cikgu juga... Dulu kan kita tanda kertas ujian macam ni dalam kelas? Hehe. Rindu!

Hehe. Ingat lagi masa jadi guru sementara, betapa stress dan lawaknya nak habiskan menanda bergunung kertas OMR, kertas subjektif, ujian lisan et cetera.

Hm, tapi nanti puas! Sebab kita sambil penat sambil layan! Sambil senyum gembira, kan cikgu?

Kita bukan pemarah. Kita murah dengan senyuman dan lawak jenaka yang mengajak murid berfikir... Kan? Dengan keluarga kita pun penyayang. Sayang sayang. Sebab kita ada iman sebab itu kita sayang.

Hm, bertuah. Kita bukan sekadar pengajar, tetapi pendidik! Kita bawa murid ke pintu nak biarkan mereka buka sendiri pintu itu. Kan cikgu? Cikgu, jom. Jangan bagi tarbiah terbiar! Sayaaaang cikgu!

Silap KIRA


Dah bersedia ?

Dah...

OK. Soalannya begini ...

Pilih satu nombor daripada 1-9

Kemudian ,

tambah tiga puluh enam , tolak empat , ..

darab satu , tambah empat puluh , .. em ,

tolak tujuh puluh .

Dah ?

Ok, pastu awak tolak dengan nombor rahsia awak tadi .

Jawapannya DUA kan ?

WOWWW!!

Nak tahu rahsia ? Senang ja ..

Pst pssst psssst , jangan bagitau orang .

Nak cuba ? Ok sila .

Erk. Erm... Pilih satu nombor daripada 1-9 , . .

tambah tiga, darab dua, tambah dua puluh, tolak dengan no anda tadi .

Dan jawapannya mesti 26 kan? Kan?

*Garu kepala. Jawapan anda salah*

Saturday, May 28, 2011

Sicily

Umi , JOM !

Kita mulakan cerita sama , kemudian bebas mengembara !


Belek dan baca ya !


Umi , dah siap sedia? Takpa, perlahan-lahan baca...

JOM!

Kita pergi berbulan madu di sana!


Sebab sana ada dunia luas.

Ada hujan ada kering. Ada panas ada angin pusing.

Adalah!

Pergi bukan untuk mengabai Tanah Emas kita.

Pergi untuk renungkan berita gembira dan berita sedih di sana.

Ada yang perlu kita cari gali di Sicily.

Selain pujian untuk kebesaranNya!

JOM!

SEE?





INNOVATION !


Wednesday, May 25, 2011

JALAN ~ ~

Lihat! Ada banyak cara.
Look! There are many ways.


Lihat! Orang itu memilih untuk jalan lambat!
Look! He choose to walk sluggishly!


Lihat! Orang itu pula jalan dengan lebih laju dan suka potong barisan!
See! That woman choose to walk faster and always cut line!


Ada orang kata, biar lambat asal selamat.
Some people say, let us be slow as long as we are safe.

Tapi kita sebenarnya boleh laju cuma kena berhati-hati.
But sometimes we can be fast, as long as we are careful.

Ada orang tak sanggup.
Some people could not bear.

Ada orang sanggup.
Some people are willing to.

Ada orang takut.
Some people are too afraid.

Ada orang tak sabar.
Some people are champ at the bit.

Lihat! Ada ramai orang dan ada banyak jalan!
See! There are a lots of people and there are many ways!

Friday, May 6, 2011

Lenggang

Dengan nama Allah yang Maha Esa

Saya tak ada abang
Takpa
Saya tak ada imam
Takpa

Hidupkan kembali
Suasana nasihat menasihati
Rapatkan kembali saf yang agak bengkang bengkok ini
Amalkan syura bukan suka hati

Masih takut takut kesunyian lagi?
Menangis di bawah bantal
Senyum di pentas ramai?
Naluri perempuan memang begitu
Tapi cuba kurangkannya
Perempuan mampu kuat dan lebih kuat
Bila dia ada Dia

Terima kasih kerana memahami
Lega rasa tanpa kata manis masam manusia yang ingin 'menumpang sedih'
Seribu orang yang jumpa, semua ulang tayang sama
Hanya ada seketul yang menghulur
Sesuatu yang bercambah
Dan mereka ini tidak banyak tanam tebunya

Saja ingin ingatkan
Tidaklah susah hati ini kalau orang pergi jauh jauh
Tanpa tanya khabar setiap hari
Malah ada rasa lapang hati ini
Boleh sambung buat kerja
Dan telinga otak tidak perlu pening lagi
Bila asyik terkena radiasi

Yakin akan keperluan
Tanpa jemu berdoa
Serta menyatakan kasih sayang buat yang ziarah
Dan pulang menghadiahkan doa
Menangis bersama menadah tangan di rumah
Bukan teresak-esak di tepi katil hospital
Dan kemudian pulang dengan dunia sendiri

Dulu saya pernah mencari idola saya Mulan
Sebelum Ummu Haram yang turut menyamar dan berani
Sebelum Asma berbadan dua mendaki bertemankan makanan tapau
Sebelum Az-Zaharah dari kecil hingga besar dalam kesederhanaan
Sebelum tahu siang tadi Muallimah Normala menyara 7 orang adiknya ketika baya saya

Saya mahu buktikan idola itu meresap ke dalam tubuh
Macam kersani yang mengalir menjadi raksa

Selamat tinggal halus.
Ada ais krim enak menanti.
Lenggang jom!

Ingaaat . , .
Jangan sorong batu bata dalam guni
Dari pangkal dunia ke hujungnya.
Nanti penat dan rugi.

Sunday, May 1, 2011

Rajaraja Chola I


Kuil Siva yang dikatakan berbentuk seakan-akan piramid Giza.
Nama diberi; Raajarajeswaram.