Wednesday, April 13, 2011

Hyper


Doktor gigi : Selamat pagi, adik boleh duduk.

Iqbal : Wow ... Doktor ! Ini kerusi Mr. Bean !

Doktor tersenyum.

Iqbal : Doktor ! Banyaknya alat-alat untuk cabut gigi ni ! Eh, doktor ! Kerusi ni boleh naik turun ke depan ke belakang dok ? Serius, macam Mr. Bean !

Doktor tergelak.

Doktor gigi: Baring.

Menampal gigi.

Iqbal : Ish, jelly ni ada rasa macam .. Erm , coklat? Erm , strawberry sikit . Eh , rasa macam ubat gigi Kodomo Lion pun ada .. Macam , tak pernah rasalah ! Hebat !

Yeah, jangan pelik kalau begini .

Tuesday, April 12, 2011

Mesej


.:Berfikir Sejenak:.
JOM demo! Pemimpin gila kuasa! Rasuah! Jom revolusi jom! Heh, pemimpin kan dipilih oleh Allah? Agak2 knp umat kini dpt pemimpin yg pelik2 ya? Mgkin krn rumah tangga kita masih berimamkn buta jawi, beristerikn mami jarum, beranakkan 'couch potato', berkiblatkn nafsu, berumahkn tembok bsr cina, bergurukn hiburan, berkawankn teknologi. Jgn berjiwa hamba! Doa senjata mukmin. Doakn pemimpin, doakn umat. Sampaikan firman-Nya...


.:Berfikir Sejenak:.
Alif: Byk betul la org buang baby zaman skrg ni! Apa punya manusia lah!
Salman: Heh, kau tahu puncanya?
Alif: Yela maksiat sana sini.
Tiba-tiba panggilan masuk.
Alif: Baby!
Salman jeling hp Alif dan Alif tersengih.
Salman: Sblm kita bising psl kes buang baby, kita kenalah buang 'Baby' ni dulu...
QS An-Nur : 30-31
Lalu ditekan butang merah. Menjauh.


.:Berfikir Sejenak:.
Kinah: Aku tgh layan AQ pg135. Kau dh dgr gempo bomi yg latest? Su: Eh ada lg ke? Cecite2!! Kinah: Dgr dr awal k?
Rekod paling dahsyat 2010; 1) Gempa Haiti 12 Jan 7.0SR di Amerika Latin. 2) Banjir terbesar di Pakistan dgn 2k kematian.
Rekod 2011 pula; 1) 11 Mac gempa 8.8-8.9SR di Jepun. 2) 24 Mac 6.8SR di Myanmar. 3) 1 April 6.2 SR di Mesir. Terbaru, 4) 7.4SR di Jepun pada 7 April.
"Antara 10 tanda kiamat ialah 3x gempa bumi; sekali di timur, sekali di barat, sekali di semenanjung arab" (Muslim). Jgn lupa Al-Kahfi : 1-10, 99-110 tiap hari ya~

Monday, April 11, 2011

Malu


Ustaz : Ok. Semua aulad dan banat, anak-anak ustaz, sila buka muka surat yang ada gambar ni.

[Selak]

Ustaz : Asma Ul Husna. Siapa tahu apa maksud Asma Ul Husna?

[Angkat tangan dengan yakin]

Tiba-tiba, semua orang pandang.

Fatin : Hoi, tak malu ke?

[Kebil]

[Turun tangan]

Ustaz : Azah, diri, beritahu jawapan anti.


[Kebil]

[Pura-pura malu]

[Kebil]

[Lama-lama malu]

Semua orang perhatikan.

'Adoi !'

Ustaz : Azah? Tahu tak? Cepatlah jawab . . .

[Angguk]

'Nama-nama Allah'

Ustaz : Tahu tak ?

[Angguk]

Ustaz : Jawab lah !

[Bisik : nama-nama Allah ... ]

'Nama-nama Allah!'

Ustaz : Hm, takpalah, duduk.

Terpengaruh~

Sunday, April 10, 2011

Elmo Emo

Masa ada kita sorang,

Kita layan.

Sujud lama-lama, cari teman.

Masa ada ramai orang,

Kita tak dapat nak layan.

Bising sana-sini, cari teman.


Layan emosi, kena pandai cari titik. Segala naik turun emosi itu sebenarnya mahal.

Jangan kalut. Ada orang ajar, tarik nafas dalam-dalam, hembus dan bertenang.

Memang lah.

Yang hitam lawannya putih, yang kecil lawannya besar, yang panjang lawannya pendek, yang perempuan lawannya lelaki, yang sedih lawannya gembira. Dok?

Heh, cinta, sedih, gembira, takut, kelakar, kecewa dan segala emosi itu unik sekali. Kerana ia suatu nikmat yang semua orang dapat kecuali bagi yang sudah ditarik akal dan hatinya.

Oh ya, pernah nampak orang gembira tak tenang? Pernah nampak orang gelak pura-pura? Pernah nampak orang tabah? Pernah nampak orang bercinta tanpa gelisah? Pernah nampak orang keliru tak tahu nak emosi apa? Pernah? Pernah?

Bertenang.

Orang sentiasa ada iman, takkan gopoh.

Kalau kita pandai pilih emosi apa yang nak pakai, macam buka baju pasang balik lah. Kita boleh persembahkan pada dunia, emosi apa yang kita mahu.

Di akhirat nanti, jangan terkapai-kapai, sebab emosi di sana tak boleh dipersembahkan lagi. Masa persembahan sudah tamat. Yang ada, emosi realiti. Jerit sana sini macam [. . .]

Nauzubillah.

“We lowered a microphone, designed to detect the sounds of plate movements down the shaft. But instead of plate movements we heard a human voice screaming in pain! At first we thought the sound was coming from our own equipment.”

“But when we made adjustments our worst suspicions were confirmed. The screams weren’t those of a single human, they were the screams of millions of humans!”

Merdeka!


Dah merdeka! Merdeka! Merdeka!

Aduh.

Haha.

Kamu tengok orang hisap rokok atas pondok usang di tepi bendang.

Dia, anak dia, cucu dia, cicit dia, semua tak mau belajar tinggi tinggi macam kamu. Heh, yang pertama tu lepas SPM, terus isi borang, kerja kilang. Kedua, suri rumah, terus nikah. Ketiga, kerja sapu sampah, kelima meninggal dah. Keenam tu nak juga kerja di bendang!

Aduh.

Haha.

Dia jiwa hamba ya?

Kamu jiwa besar ya?

Apa?

Aduh.

Haha.


Kamu pun sama ja ...


Cabar, cabar dunia, kamu hanya bertuankan Tuhan !

Bebas Otak


Ini kamu pernah guna.

Aku pun sokmo guna.


Nah, ini pertaruhan bermula.

~ ~ ~ . . . . . . ~ ~ ~

Akhirnya!


Terbongkar pun rahsia.

Bukan nak kata mana lagi maju, tapi kita dapat membezakannya.

Rupanya dunia bukan jalannya satu.

Bukan perlu ikut kesan tapak kaki di hadapan untuk tidak sesat.

Kita boleh mewarna!


Bebas, tanpa virus.

Yakin, percaya.

Pasti ada jalan !

Ottoman Empire

Ingat senang nak jadi orang paling jahat?

Tak.

Meskipun orang kata untuk capai impian perlukan masa yang panjang, manakala untuk memusnahkan impian hanya perlukan masa yang pendek,

tetapi untuk cipta seorang yang benar-benar jahat bertaraf setan, berkuku besi, bertanduk dua, berekor panah,

memang benar-benar memerlukan proses.


Nah, inikah kita?