Friday, January 28, 2011

Isu 1 : Azan


Apabila diminta untuk membentangkan akhbar 'ala Islami di dalam kelas RIM, seorang sahabat saya telah membentangkan topik pandangan orang bukan Islam terhadap azan yang dilaungkan di Malaysia.

Menurut apa yang saya faham, terdapat 3 golongan orang bukan Islam yang merespon dalam isu ini iaitu :

1. Menyokong bahawa isu azan yang dilaungkan melalui pembesar suara mengganggu mereka.
2. Membantah isu ini kerana mereka turut mendapat manfaat dari segi pengurusan masa. Azan melambangkan kayu ukur masa atau pengganti jam bagi mereka.
3. Mengambil langkah untuk bertoleransi setelah mengamalkan prinsip 1 Malaysia.

Di dunia, azan memang tidak pernah berhenti dilaungkan.

Baik. Baru-baru ini, kerajaan dipersoalkan tentang kadar ketinggian tahap suara azan yang patut dilaungkan. Seperti biasa, orang bukan Islam yang membantah adanya azan telah meminta untuk kadar volume azan direndahkan sedikit. Terutamanya pada waktu Subuh kerana dikhuatiri akan mengganggu mereka yang sedang tidur.

Ng Kian Nam telah menghantar surat kepada JPM mengenai isu ini dan berakhir dengan mohon maafnya kerana tidak dapat membezakan antara laungan azan dan kulliyah subuh.

Baru-baru ini juga, drmaza.com ada mengulas tentang bacaan Al-Quran atau bacaan selain azan menggunakan pembesar suara patut diberhentikan. Hujah beliau dikuatkan dengan keterangan seperti berikut;

Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

No comments:

Post a Comment